"Hanya Kisah Anak Orang Hensem"

20160423

Hai... Saya ni. Ingat lagi tak?

Assalamualaikum

Lama aku tak menulis. Dah 2 tahun rupanya menyepi.
Sepinya tu dah seusia dengan anakku. Hihi.

Rindu cerita dulu. Rindu sahabat-sahabat sini.

Hidup sekarang tak banyak beza dengan dulu. Alhamdulillah semakin hari semakin hepi. Bahagia tu kita yang perlu cari. Betulkan? Kalau hari ni kau kena marah dengan bos, takkan 24 jam ko nak menangis hiba.. Itu perumpamaannya. Jadi, buatla sesuatu yang menggembirakan hati. Contohnya, ko marahla bos tu balik. Haha.


Kemana aku menghilang??
Hnmm. Macam-macam aku buat.
Dari tak pernah meniaga, semua aku cuba. Bukak booth sendiri. Join carbooth. Jumpa ramai orang. Jadi vendor. Sengaja aku sebokkan diri dan mencabar diri. Mencuba warna yang baru dalam hidup. Aku pun mula meniaga online. Sape yang minat hello kitty tu ha bolehla beli dengan aku. Takdela sedih sangat hidup aku sebosan dok picit jerawat 24 jam. Haha.

Aku gunakan hobi aku buat sesuatu yang memuaskan hati aku. Seronok dapat buatkan untuk diri dan orang terdekat. Aku ambil upah menjahit. Aku buat DIY deco-deco untuk rumah. Sibuk. Tapi masih punya masa untuk diri, anak, keluarga. Allah aturkan aturan yang cantik buat hambaNya.

Pagi-pagi aku jual sarapan kat ofis.
Setakat diorang gelar aku makcik kantin, apalah sangat. Kalau gelar aku dato vida, ha..yang tu aku ambik serius. Haha.


Aku masih yang sama.
Cuma aku rasa. Aku berjaya bangkit dari kesedihan dan kegagalan aku dulu.
Itu maksud bahagia aku.

Terima kasih Tuhan.